RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Tarikh : 19 Julai 2016
Hari :
Selasa
Waktu :
7:20pg- 8:40pg
Tingkatan : 4 Al-Bukhari
Bidang : Kraf tradisional
Tajuk :
Tembikar
Tema :
Bekas alat tulis (teknik lingkaran dan teknik picitan)
Hasil pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid
dapat:
Kognitif :
menyatakan proses penghasilan tembikar teknik lingkaran dan teknik
picitan .
Psikomotor : menghasilkan kraf tradisional tembikar dengan
mengaplikasikan prinsip
rekaan
imbangan.
Afektif : memastikan karya yang dihasilkan
kemas, kreatif dan berdisiplin.
.
Pengetahuan sedia ada:
Murid pernah melihat jenis-jenis
tembikar berdasarkan pengalaman.
Penggabungjalinan kemahiran:
Murid mengetahui tentang komposisi
tanah liat yang mengandungi bahan-bahan mineral semulajadi di dalam mata pelajaran
sains.
KBAT : membuat
tekaan, membanding dan membeza, membuat kategori,
pemikiran
logikal, menjana idea, dan menerangkan sebab.
NILAI : kerjasama,
keberanian, kesabaran, kekemasan dan rasional.
ALAT/BAHAN : tanah
liat, dan modelling clay (plastisin).
RUJUKAN : 1. Buku
Hassan
Mohd Ghazali (2013), Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
(PBS), Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4. Tanjung Malim, Perak:
Citra
Grafik.
2.
Internet
harmoni-
dalam-seni.html
http://artisenivisual.blogspot.my/2011/10/kraf-tradisional-tajuk-
tembikar-sejarah.html
LANGKAH
|
ISI KANDUNGAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
SET INDUKSI
(5 minit)
|
Teka- teki
|
·
Guru menyuruh murid
menyentuh bahan yang ada di dalam kotak.
·
Murid meneka
bahan tersebut dengan menyatakan ciri-ciri bahan tersebut.
|
KBAT:
Membuat tekaan
BBM:
Tanah liat modelling clay (plastisin).
|
LANGKAH 1
(5 minit)
|
Penerangan
tentang maksud tembikar dan jenis-jenis tembikar.
Teknik dan
proses penghasilan tembikar.
|
·
Murid
diterangkan oleh guru mengenai maksud dan jenis-jenis tembikar .
·
Murid menyatakan
contoh tembikar yang pernah dilihat di persekitaran mereka.
· Murid membanding beza jenis tembikar.
· Murid dapat membezakan jenis teknik yang digunakan
dalam setiap penghasilan tembikar.
· Guru menjelaskan proses penghasilan tembikar.
·
Murid membuat
kategori karya tembikar dengan teknik penghasilan tembikar berdasarkan gambar.
|
KBAT:
·
membanding dan
membeza
·
Membuat
kategori
BBM:
Kertas
mahjong
, tanah
liat, dan modelling clay (plastisin).
NILAI:
kerjasama,kesabaran
keberanian, kekemasan dan rasional.
|
LANGKAH 2
(5 minit)
|
KRAF TRADISIONAL TEMBIKAR
Demonstrasi
menghasilkan tembikar teknik lingkaran dan teknik picitan.
·
Kesan imbangan
diaplikasikan dalam penghasilan tembikar teknik lingkaran.
1 2 3
4 5
1.
Uli plastisin
supaya lembut dan mudah dibentuk.
2.
Bentuk tapak tembikar
mengikut bentuk yang dikehendaki mejadi satu kepingan plastisin.
3.
Menggulung
plastisin menjadi doh yang panjang.
4.
Lekatkan plastisin
yang digulung pada tapak yang telah dibuat.
5.
Ulangi langkah
4 sehingga tembikar yang dihasilkan siap mengikut kreativiti.
|
· Guru menerangkan langkah-langkah yang teratur untuk
menghasilkan kraf tembikar.
1.
Uli plastisin
menjadi doh.
2.
Sediakan tapak
setebal 1cm.
3.
Gunakan tapak
tangan untuk menggulung plastisin mengikut ketebalan yang diinginkan.
4.
Lekatkan plastisin
yang digulung pada tapak dengan membuat lingkaran mengikut bentuk tapak.
5.
Buat sambungan
lingkaran secara berterusan mengikut saiz, ketinggian, corak dan bentuk
tembikar yang kamu inginkan.
|
KBAT:
Pemikiran
logikal
BBM:
tanah liat, dan modelling clay (plastisin)
NILAI:
kerjasama,kesabaran keberanian, kekemasan dan rasional.
|
LANGKAH 3
(10 minit)
|
PENGHASILAN TEMBIKAR
Aktiviti murid
menghasilkan karya tembikar teknik lingkaran.
|
·
Murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat aktiviti.
·
Murid diberikan
bahan-bahan untuk menghasilkan karya tembikar.
·
Murid
menghasilkan karya kraf tembikar mengikut kreativiti.
|
KBKK:
Menjana idea
BBM:
Kertas mahjong, modelling clay (plastisin),
NILAI:
Kerjasama
|
PENUTUP
(5 minit)
|
·
Refleksi
·
kesimpulan
|
·
Murid membuat
refleksi terhadap hasil seni tembikar yang dihasilkan.
·
Guru membuat
ulasan akhir keseluruhan daripada hasil karya murid.
|
KBKK:
Menerangkan
sebab
NILAI:
Kekemasan,keberanian,
dan rasional
|
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah komen