Search This Blog

Thursday 9 November 2017

Rancangan Pengajaran Harian ( Catan)



RANCANGAN PENGAJARAN SENI VISUAL HARIAN PENDIDIKAN

                       
  Tarikh                                               :  25  Oktober 2016
  Hari                                                  : Selasa
  Masa                                                 : 11.55pagi – 1.00 tengahari
  Tingkatan                                         : 4  Al- Bukhari
  Mata pelajaran                                 : Pendidikan Seni Visual
  Bidang                                             : Tokoh Seni Halus Dalam Malaysia ( Catan)
  Tema                                                : Peta Minda Kreatif( I-think)

Objektif hasil pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :    

Kognitif             : Menerangkan hubungkait tokoh pelukis dengan hasil karya beliau
secara lisan.
Psikomotor        : Menghasilkan peta minda kreatif tokoh seni halus
  Malaysia dengan menekankan unsur seni dan prinsip rekaan.
Afektif                : Memupuk semangat kerjasama dan berdisiplin dalam aktiviti
    menghasilkan peta minda dengan kreatif dan kemas.

Pengetahuan sedia ada  :   murid pernah mendengar nama tokoh terkenal yang ada di  Malaysia

Penggabungjalinan Kemahiran  : Mengetahui tentang kepentingan tokoh pelukis dalam   
mata pelajaran seni.
KBKK                                            : Membentuk kerjasama kumpulan, menjana  pemikiran,  
                                                          mewujudkan pengetahuan  yang baru.
Nilai                                                : Kepekaan, keberanian, bekerjasama ketekunan
           dan berdikari.
 Alat/bahan                                     : gambar karya, nota, soalan, kad manila,
                       gunting, gam, helaian nota, pen marker,  pen warna. 




LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN


CATATAN

SET INDUKSI
  (3 MINIT)
·         Topeng muka

Murid meneka imej yang di visualkan melalui topeng muka.

            
                 Tokoh catan

             
            Tokoh Cetakan
 
            
             Tokoh Arca

             
           Tokoh Lukisan



Soalan :
1.      Siapakah tokoh seni halus   yang terkenal di Malaysia?
-Tokoh Catan
-Tokoh Cetakan
-Tokoh Lukisan
2.      imej pada gambar diatas dikaitkan dengan apa?
-          tokoh seni halus

Rumusan : Pembelajaran hari ini berkaitan dengan tokoh seni halus.


·         Murid diarahkan tampil ke hadapan untuk memakai topeng muka yang telah disediakan oleh guru

·         Murid diajukan soalan tentang apakah nama tokoh yang ditunjukkan melalui topeng muka

·         Murid berfikir dan menjawab soalan guru

·         Murid mendapat jawapan tentang pengajaran dan pembelajaran pada hari itu iaitu tokoh seni


Strategi meneka sambil belajar

BBM:
Gambar tokoh



NILAI:
Pemerhatian

LANGKAH 1
( 10  minit)


-Penerangan tentang peranan tokoh seni halus di Malaysia serta hasil karya beliau hasilkan.





















·         Murid mendengar penerangan guru mengenai tokoh seni halus di Malaysia

·         Murid diedarkan dengan nota serta lembaran kerja oleh guru.

  • Murid meneliti contoh-contoh karya yang dihasilkan oleh pelukis terkenal.

  • Murid menganalisis konsep, fungsi dan membanding beza antara tokoh-tokoh karya.
·         Murid bersoal jawab dengan guru


DBAE
Ø  sejarah seni

BBM
Ø  Nota
Ø  Lembaran kerja

KBKK
Ø  Memahami
Ø  Kepekaan



KAEDAH
Ø  Kuliah
Ø  Perbincangan


LANGKAH 2
(15 minit)


- Aktiviti menghasilkan peta minda kreatif secara berkumpulan.

Contoh peta minda :



                Jenis carta alir
      
        
     
                  Jenis pokok
       

              Jenis tulang ikan
        
              
               Jenis kitaran
        
                  Jenis cabang
         


·         Murid mendengar arahan guru sebelum proses penghasilan karya dibuat.

·         Murid ditunjukkan contoh peta minda oleh guru.


·         Murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.
·         Murid diberikan sampul yang mempunyai gambar dan maklumat berkaitan tokoh seni halus.
·         Murid mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan dalam peta minda yang dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing.

·         Murid menghasilkan karya dengan berdisplin dan bekerjasama.


·         Murid bertanyakan soalan apabila menghadapi masalah dalam proses penghasilan.


























DBAE
Ø  Penghasilan karya@produk

BBM
Ø  Pen warna, kad manila,pen marker,
helaian nota, gam dan gunting.

KAEDAH
Ø  Berpusat pada murid
PENUTUP
  ( 3 minit )
Apresiasi dan Kritikan

Proses membuat penilaian dan kritikan
Ø  Guru membuat kesimpulan tentang topik pembelajaran hari ini yang bertajuk tokoh seni halus di Malaysia.

·         Murid berhenti daripada membuat aktiviti.
·         Wakil daripada setiap kumpulan tampil ke hadapan untuk mempamerkan dan membentangkan peta minda kreatif masing-masing.

·         Murid dapat berkongsi maklumat daripada pembentangan yang dilakukan.

·         Murid berinteraksi bersama guru dalam mengkritik karya.

·         Murid mendengar kesimpulan daripada guru tentang hasil pembelajaran yang telah diajar
DBAE
Ø  Kritikan seni

STRATEGI
Kaedah perbincangan

   

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah komen