RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 18 April
2013
Hari : Khamis
Waktu : 2 dan 3
Masa : 8.20 –
9.40 (80 minit)
Mata pelajaran : Pendidikan
Seni Visual
Tingkatan : 1 Arif
Bilangan pelajar : 39 orang
Bidang : Prinsip
rekaan
Tajuk : Irama dan pergerakan
Tema : Corak berputar (pualaman)
Hasil
Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran murid dapat :
1. mengenalpasti jenis-jenis irama dan pergerakan
pada alam sekeliling dan objek buatan manusia
2. memahami penggunaan unsur-unsur seni
untuk menimbulkan pergerakan
3. menghasilkan lukisan yang menunjukkan
pergerakan
Pengetahuan sedia ada:
Murid mempunyai
pengetahuan unsur seni yang boleh dikaitkan dengan prinsip irama dan pergerakan
Penggabungjalinan Kemahiran:
Murid mengetahui
cara mengendalikan cat minyak yang dipelajari dalam mata pelajaran kemahiran
hidup bersepadu
KBKK : Membuat ramalan,
meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
membanding dan membeza, membuat
kategori, membuat
sekuen/urutan,
menjana idea, menerangkan sebab
Nilai: Rasional, kerjasama, kesabaran
Alat/Bahan: Slideshow, contoh pualaman, kertas lukisan, cat
minyak, lidi, kotak,
air,
plastik, nota ringkas
Rujukan:
Elsie Tan & Watierah. (2009). Kreatif
Cemerlang Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 1. Selangor: Cemerlang
Publications Sdn. Bhd.
Hassan Mohd Ghazali. (2013). PBS
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1.Tanjung Malim: Perak. Citra Grafik.
Rahmat Salihon.(2006). Teks Lengkap
Pendidikan Seni Visual KBSM. Selangor. Oxford Fajar
Laman Sesawang:
LANGKAH
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
||||||||||||
SET INDUKSI
(5 minit)
|
Tonton video https://www.youtube.com/watch?v=fGdodXCnQ7k
|
·
Guru bertanya
pada murid apa yang mereka dapat lihat daripada tayangan video
·
Murid
menyatakan pergerakan biri-biri yang seirama
|
KBKK
Membuat ramalan
ABM
Slideshow
NILAI
Kepekaan
|
||||||||||||
LANGKAH 1
(20 minit)
|
PENGENALAN
Irama dan pergerakan pada alam
sekeliling
Irama dan pergerakan pada objek
buatan manusia
|
·
Guru mengedarkan nota irama dan pergerakan
·
Guru memberi penjelasan definisi irama dan pergerakan serta memberikan
contoh irama dan pergerakan pada alam sekeliling dan objek buatan manusia
·
Murid memberikan contoh irama dan pergerakan di persekitaran mereka
|
KBKK
Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
ABM
Nota
Ringkas, contoh gambar
irama dan pergerakan
NILAI
Kepekaan
|
||||||||||||
LANGKAH 2
(10 minit)
|
Jenis-jenis irama dan pergerakan
Unsur seni menghasilkan irama dan pergerakan
|
·
Murid membanding beza jenis-jenis irama dan pergerakan
·
Guru menjelaskan unsur seni yang menghasilkan irama dan pergerakan
·
Murid memadankan contoh gambar irama dan pergerakan yang sepadan mengikut
unsur seni
|
KBKK
Membanding dan membeza
KBKK
Membuat kategori
ABM
Contoh gambar irama
dan pergerakan
NILAI
Kepekaan
|
||||||||||||
LANGKAH 3
(35 minit)
|
GUBAHAN CORAK PUALAMAN
·
Menimbulkan kesan pergerakan berputar
|
·
Guru membuat demonstrasi membuat corak pualaman
·
Guru menerangkan langkah-langkah yang teratur untuk menghasilkan pualaman
1. Isi air dalam bekas
2. Titiskan beberapa warna cat minyak
ke dalam bekas yang mengandungi air
3. Putarkan cat minyak di permukaan
air mengikut kreativiti anda
4. Tekapkan kertas lukisan di atas
permukaan cat minyak
5. Angkat kertas lukisan dan jemur
sehingga kering
·
Murid mula menghasilkan corak pualaman
|
KBKK
Membuat sekuen/ urutan, menjana idea
ABM
Contoh pualaman,
kertas
lukisan, cat minyak,
lidi, kotak, air, plastik
NILAI
Kerjasama, kreatif
|
||||||||||||
PENUTUP
(10 minit)
|
·
Refleksi.
·
Kesimpulan.
|
·
Murid membuat refleksi terhadap hasil pualaman mereka.
·
Guru membuat ulasan akhir keseluruhan daripada hasil karya murid.
|
KBKK
Menerangkan sebab
NILAI
Rasional
|
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah komen