Rancangan Pengajaran Harian ( Kraf tradisional Batik)
Tarikh : 2 Ogos 2016
Hari : Isnin
Masa :
11.20pagi - 1.00 pagi
Mata
Pelajaran : Pendidikan Seni
Visual
Tingkatan : 4 Al- Khawarizmi
Bidang : Kraf Tradisional batik
Tajuk / Tema : Teknik batik ikat celup( batik
pelangi)
Hasil
pembelajaran : Di akhir pembelajaran
pelajar dapat
Kognitif -
Memahami dan dapat menjelaskan teknik batik ikat celup dalam soal jawab.
Psikomotor - Mengaplikasi teknik ikat celup dengan menggunakan bahan objek
untuk
menimbulkan jalinan batik pelangi pada tisu.
Afektif -Menghasilkan
batik teknik ikat celup secara bekerjasama.
Pengetahuan
sedia - Murid telah mengetahui mengenai
elemen-elemen yang terdapat dalam
unsur seni iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna.
- Murid telah belajar mengenai prinsip rekaan
iaitu harmoni, kontra,
penegasan, imbangan, irama, dan pergerakan.
- Murid
pernah melihat batik melalui pemerhatian dan pengamatan dalam pemakaian guru
pada hari khamis.
Penggabung
jalinan :
-
Sains
: Pelajar mengaplikasi kemahiran sains
dalam penghasilan kerja batik melalui pemerhatian dan pengamatan terhadap penyerapan dan
sebatian warna batik dalam
penghasilan corak.
Nilai : kerjasama dan berdisiplin
Alat dan Bahan : kain batik, Tisu, getah, warna batik, bekas warna,
berus warna, klip kertas, gunting, pisau, penyepit baju dan contoh karya.
MASA
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
1. Set induksi
/ permulaan pembelajaran
(5
minit)
|
Permainan :
·
Kotak
beracun.
|
v Murid dipanggil kehadapan untuk
memasukkan tangan kedalam kotak beracun.
v Murid berfikir dan meneka barangan
yang berada di dalam kotak tersebut.
v Murid mendapat jawapan tentang
pengajaran dan pembelajaran pada kelas itu iaitu “batik”
|
ABM :
Kotak,
canting, berus, kain, getah, clip, dan duit syiling.
|
Langkah 1
(10
minit)
|
Tahap I : Pengetahuan dan kefahaman
·
Penerangan tentang konsep batik ikat
celup.
a)
Batik tulis/ canting
b)
Batik pelangi
c)
Batik blok
d)
Batik skrin
a.
Cara ikatan
-lipat dan ikat
-ikat dengan objek
-ikat tanpa objek
- lipatan dan sepit
- ramas dan ikat
- pulas dan ikat
b.
Kesan ikatan objek terhadap jalinan
yang dihasilkan
|
v Murid diedarkan dengan nota oleh guru.
v Murid meneliti nota yang diberikan
untuk lebih memahami isi pembelajaran pada hari tersebut.
v Murid diberikan penerangan oleh guru
tentang maksud teknik ikat dan celup.
v Murid mendengar penerangan guru sambil
melihat tayangan slide yang disediakan.
v Murid bersoal jawab dengan guru.
|
ABM :
Contoh
karya teknik ikat dan celup.
Tayangan
slide
|
Langkah 2
Demonstrasi
(5 minit) |
Analisis dan Aplikasi
Demostrasi
oleh guru mengenai aktiviti menghasilkan batik ikat celup dengan menggunakan
teknik lipatan dan sepit serta ikat tanpa objek.
Proses
:
Teknik ikatan bagi menghasilkan kesan jalinan batik ikat celup
I.
Tisu
dilipat atau diikat dengan menggunakan
getah yang telah disediakan
II.
Cara
untuk mewarna:
-
Titisan
- Celupan
|
v Demostrasi menggunakan alat dan bahan
untuk menghasilkan teknik pelangi pada tisu.
v Murid melihat guru membuat demostrasi.
|
ABM :
Tisu
Getah
Syiling
|
Langkah 3
Proses
penghasilan
(15minit)
|
Penilaian dan penghasilan produk
Aktiviti
:
·
Proses
menghasilkan teknik ikat celup menggunakan alat dan bahan yang telah
disediakan.
·
Penghasilan
batik ikat dan celup dalam bentuk kumpulan.
·
Murid
diminta supaya menjaga kebersihan kelas dan keselamatan diri.
Alat
dan bahan
·
Warna
batik
·
Tisu
·
Getah
·
Berus
warna
|
v Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
v Murid diedarkan dengan bahan-bahan
yang telah disediakan.
v Murid diminta untuk menghasilkan
teknik batik celup pelangi..
v Murid menjalankan proses penghasilan
dalam bentuk kumpulan serta menerapkan semangat kerjasama dan berdisiplin.
-
Murid
dipantau oleh Guru sepanjang proses penghasilan.
-
Murid
menjalankan proses penghasilan dengan kemas dan berdisiplin.
|
ABM :
Tisu
Getah
Syiling
|
Penutup
(5 minit) |
Proses membuat penilaian dan kritikan.
·
Penutup
·
Penilaian
·
Apreasiasi
·
Kitikan
·
Rumusan
|
v Murid berhenti daripada melakukan
aktiviti.
v Setiap murid diminta tampil ke hadapan
mengikut kumpulan dan membentangkan hasil karya.
v Murid dapat berkongsi maklumat
daripada pembentangan yang dilakukan.
v Murid berinteraksi dengan guru dalam
mengkritik karya.
v Murid mendengar rumusan daripada guru
mengenai p&p yang dijalankan.
|
DBAE
Kritikan
seni
STRATEGI
Kaedah
perbincangan
|
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah komen