Search This Blog

Friday 10 November 2017

Rancangan Pengajaran Harian (Kontra)





RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Tarikh                         : 16 Mei 2016
Hari                             : Isnin
Waktu                          : 2
Masa                          : 10.00 – 11.15
Mata pelajaran           : Pendidikan Seni Visual
Tingkatan                   : 1 Bijak
Bilangan pelajar          :  18 /20 orang
Bidang                        : Asas Seni Reka
Tajuk                          : Kontra (Prinsip Rekaan)
Tema                          : Hari Guru ( Penanda Buku)

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1.    Menyatakan dengan lisan maksud dan jenis-jenis kontra.
2.    Menghasilkan penanda buku yang mengaplikasikan prinsip rekaan dari segi kontra warna dan proses penghasilan mengikut kreativiti sendiri.
3.    Memastikan karya yang dihasilkan kemas, teratur dan berdisiplin mengikut arahan guru.

Pengetahuan sedia ada:
Murid pernah melihat pelbagai jenis kontra dalam kehidupan.

Penggabungjalinan Kemahiran:
Sains dan Kemahiran Hidup – Kajian tentang warna dan bentuk sekeliling.

KBAT:                        Membanding  beza, membuat ramalan, menjana idea, dan        menerangkan sebab.
Nilai:                           Kepekaan, rasional, kekemasan dan kerjasama.
Alat/Bahan:                Kertas warna, gam, gunting, pensil warna dan Powerpoint

Rujukan:                    1. Sumberbuku:
Maharin A. Razak (2009), PendidikanSeni Visual tingkatan 1,2 dan 3, Kuala Lumpur: oxford fajar
                                 
2. Hassan MohdGhazali (2013), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), PendidikanSeni Visual Tingkatan 2. Citra Grafik.
3.  Laman sesawang




LANGKAH/
MASA

ISI PELAJARAN


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN


SET INDUKSI
(5 MINIT)


Teka- Teki

K
O
T
A
R
N
 





·         Guru bertanya kepada murid apa yang paling ketara terhadap pemakaian guru.
·         Murid di minta untuk memerhati pakaian guru
·         Murid meneka tajuk pembelajaran pada hari tersebut.

KBAT:
Membuat ramalan

ABM:
Pakaian Guru

NILAI:
Kepekaan


LANGKAH 1
(10 minit)


Penerangan tentang maksud kontra dan jenis-jenis kontra.

Jenis-jenis kontra :

1.    Kontra Garisan



2.    Kontra Rupa
 




3.    Kontra Warna





4.    Kontra Bentuk
 




5.    Kontra Jalinan



6.    Kontra Ruang






·         Murid memberI tumpuan kepada tayangan slide
·         Murid diterangkan oleh guru mengenai maksud dan jenis-jenis kontra


·         Murid memberi respon terhadap soalan guru.


KBAT:
Membanding beza

ABM:
Powerpoint

NILAI:
Kepekaan


LANGKAH 2
(10 minit)


Demostrasi oleh guru :
Langkah 1


Langkah 2



Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6

·         Murid melihat cara-cara penghasilan karya penanda buku yang menggunakan prinsip rekaan kontra dari segi warna.

·         Murid mendengar arahan, keselamatan dan penggunaan bahan dari guru

KBAT:
Menjana idea

BBM:
  1. Kertas warna
  2. Gunting
  3. Gam
  4. Warna pensil

NILAI:
Kerjasama

LANGKAH 3
(40 minit)


Aktiviti murid menghasilkan penanda buku yang bertemakan “Hari Guru” dengan mengaplikasikan prinsip rekaan kontra dari segi warna



·         Murid mendengar arahan guru sebelum proses penghasilan karya dibuat

·         Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan

·         Murid diedarkan dengan bahan-bahan yang telah disediakan.

·         Murid mengaplikasikan isi pembelajaran yang telah diajar oleh guru.

·         Murid menghasilkan karya dengan bimbingan daripada guru.

·         Murid bertanyakan soalan apabila menghadapi masalah semasa proses penghasilan.

KBAT:
Menjana idea

BBM:
  1. Kertas warna
  2. Gunting
  3. Gam
  4. Warna pensil


NILAI
l  Kerjasama
l  Kekemasan


LANGKAH 4
(10 minit)


Penilaian
Murid membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.


·         Setelah selesai, guru meminta beberapa orang pelajar keluar dan menghuraikan dan membuat apresiasi terhadap karya yang dihasilkan.
·         Murid akan menceritakan hasil kerja yang mereka lakukan.
·         Guru mengkiritik hasil yang dibuat oleh murid.


KBAT:
Menerangkan sebab

NILAI:
kerjasama

PENUTUP
(5 minit)


·         Refleksi.

·         Kesimpulan.


·         Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

·         Murid diarahkan untuk mengemas dan memulangkan peralatan dan bahan yang telah digunakan.


NILAI
Rasional